SAKA DAN TANDA GANGGUANNYA
TANDA-TANDA SAKA
Tidak ada tanda-tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka  dapat dikenalpasti seperti berikut :
* Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
*  Malas berzikir
* Berpenyakit yang sukar diubati  seperti asma, resdung, stroke, gatal-gatal, kudis dan sebagainya
*  Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikiran sebelum  ini
* Terdapat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang  sakit dalam tempoh yang lama Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan  seperti denyutan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh
* Ada  di kalangan keluarga yang gila, syndrom down dan cacat
*  Sukar tidur malam
* Tidak kemas dan tidak  berdisiplin
* Tidak ada keazaman atau tidak  bercita-cita
* Lambat berkahwin
* Sukar  mendapat anak
* Berfikir secara dua perkara dalam satu  masa
* Boleh merawat atau mengurut yang luar  biasa
* Boleh melihat perkara-perkara yang di luar  penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh,  perlakuan curang orang yang tersayang dan sebagainya
Kewujudan jin saka memudaratkan kehidupan manusia dan perlu dibanteras kerana  pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah  sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya.