Mengikut  kajian                            ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat  perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan  manusia. Oleh                            itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia  mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan  tubuh manusia,                            malah boleh hidup dalam badan orang yang  disukainya.
                                                        
       Selain  mendatangkan                            punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga  kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang. Dalam  ajaran                            Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat,  jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya  melakukan kebaikan                            atau sebaliknya.
Mengikut  sebuah                            hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan  itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan  bisikan                            jahat dan mendustakan Allah…”
        Orang  yang                            bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham  yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan  berasa                            lapang dada dan terdorong untuk beramal.  Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang  yang kotor                            jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan.  Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan  secara tetap                            dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan  itu                            menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat  25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata  manis dan                            menghayalkan....(selanjutnya sila klik baca lagi).........................
 
        Sesungguhnya                             hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas  fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam  diri mereka                            menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling  dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat  buruk                            mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk  tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
Inilah  antara                            rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa  syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini  merosakkan                            kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak  imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.
JIN Makna Jin: Jin  adalah satu                            nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut  Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi,  yang                            tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran                            terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr                            ayat 26 - 27 :Yang  bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah  liat                            yang kering kontang yang berasal dari lumpur  hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di  ciptakan manusia                            daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman                            ayat 15 :Yang bermaksud                            : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala                            atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang                            bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi                            s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya  : " Malaikat diciptakan dari                            cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api  sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada  kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij  bermaksud                            nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas  bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur  antara satu                            sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan  biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang  sangat terang                            yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga  bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah  pendapat                            pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang  bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang  tidak                            berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya.  Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan  Jaan.
Menurut  suatu Hadis                            yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula  menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu  bahagian                            daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun  yang sangat panas itu.
Dari  api yang amat                            panas inilah Allah telah menciptakan Jin,  iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian  Allah masukkan                            roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup  seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah  menzahirkan                            berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai  dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan  kemampuan                            masing-masing.
Jin  juga diperintahkan                            oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana  yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal  selepas                            di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah  dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa,  tabiat,                            kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus  mirip kepada manusia.
Asal  kejadian manusia                            ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu  tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani,  iaitu roh,                            akal, nafsu dan hati yang dinamakan  "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik  kejadian yang diciptakan                            Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi  ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu  campuran api                            dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu  dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala  mahkluk-makluk lain                            pula Allah jadikan daripada salah satu unsur  tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim  Ksayif dan                            Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan  pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat  pula dijadikan                            daripada Nurani semata-mata.
CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia  memerlukan                            masa mengandung selama sembilan bulan untuk  melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk  matang                            dan menjadi baligh.
Berbeza  dengan                            Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin  lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus  mengandung                            dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu  terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis  pula apabila menyentuh                            paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan  33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.  Tiap-tiap                            pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan  dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses  pembiakan                            Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian  atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan  orang Ghaib pula ialah hasil campuran                            lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau  perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran  itu                            dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan  tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa  perkara mengikut                            manusia dan dalam beberapa perkara pula  mengikut Jin.
Jika  asal usul                            datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul  datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah  dan melahirkan                            keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat  pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang  kufur.                            Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang  kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali  beriman kepada                            Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin  Juga seperti                            manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat,  ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada  ada yang                            kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada  yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di  hari                            akhirat kelak.
Majoriti  puak-puak                            Jin terdiri daripada golongan Jin kafir.  Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis  dan sangat                            sedikit daripada mereka yang beragama Buddha  dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin  yang                            memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya  dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan  keseluruhan bilangan                            Jin.
Seperti  juga manusia biasa,                            Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman,  ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan  mereka kepada                            Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf  awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang  berada                            ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun  Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta  paling luas serta banyak ilmunya                            , tetapi masih ada pada diri mereka  sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi  mereka mudah menerima                            teguran dan pengajaran.
Mungkin  inilah                            yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik  Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang  berbezanya manusia                            yang paling jahat susah menerima pengajaran  dan teguran yang baik.
Golongan  Jin Islam yang awam                            dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam  dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia  yang                            awam itu bukanlah manusia sebenarnya,  sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan  Khawasil-Khawas tidak                            dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan  datang kepada mereka untuk bersahabat.
RUPA BENTUK JIN
Pada  asasnya rupa                            bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada  rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung  mata, tangan,                            kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana  yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin  menyerupai                            manusia.
Cuma  yang berbezanya                            fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus  daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang  terlalu tinggi                            dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih,  merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan  Jin Islam                            yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan  menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang  elok.
Menurut  sesetengah                            pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah  kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya  tersangat                            panjang dan ada yang beribu tahun umurnya.  Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat.  Memandangkan                            Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni  dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib  seperti                            Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di  duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni  tubuh                            badan manusia.
Jumlah  Jin terlalu                            ramai sehingga menurut sesetengah pendapat  bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari  kiamat                            di darab dengan haiwan-haiwan, di darab  dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan.  Itu pun baru                            satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan  Jin.
Manakala  jumlah                            keseluruhan Jin ialah satu persepuluh  daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya  Allah dan Rasulnya                            sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam  kediaman Jin                            ialah di lautan, daratan, di udara dan di  Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat.  Jika di berikan                            oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah  tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan  jatuh ke bumi                            , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin,  disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab  itulah orang-orang                            tua kita selalu berpesan supaya anak-anak  segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta  tingkap rumah                            mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh  Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah                            Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"  Apabila kamu                            menghadapi malam atau kamu telah berada di  sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan  berkeliaran                            ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika  malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta  sebutlah nama                            Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah  nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah  sisa makanan                            mu serta sebutlah nama Allah ( ketika  menutupnya ) "
Hadis  di atas bermaksud                            bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu  siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada  waktu itu                            mereka berkeliaran mencari rezeki dan  makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau  kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada  prinsipnya                            Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di  dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan,  kecuali                            dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di  lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
Jin  juga boleh di lihat oleh                            manusia dalam keadaan sihir atau ketika  meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk  memperlihatkan dirinya                            kepada manusia.
Di                             dunia semua Jin boleh melihat manusia  manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh  melihat Jin selain                            daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di  akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin  manakala Jin                            yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang  boleh melihat manusia.
Antara  kelebihan                            Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah  kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa.  Contohnya dalam                            peperangan Badar, Iblis telah menampakkan  dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula  dalam rupa                            Suraqah bin Malik yang datang membantu  tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah  juga merupakan                            sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam  Sahih Bukhari juga                            ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang  menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda  yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan                            dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin  juga seperti                            manusia yang inginkan keturunan dan hidup  berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam  berbagai-bagai                            loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama  membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang  menunggu kubur,                            kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang  menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan  yang menunggu                            bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata  air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan  sebagainya.
JENIS-JENIS JIN                            
Sama seperti manusia                            Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3.  Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
4.  Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6.  Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7.  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8.  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
9.  Al-Qurana Pengawan-pengawan
10.  Al-Ummaar Pemakmur
.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin  menurut orang-orang                            Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran  menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama  Jin-Jin                            itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu  tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di  kalangan orang Melayu,                            menganggap hantu itu adalah makhluk yang  berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG                            POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:
Hantu  Raya, Hantu                            Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu  Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu  Kubur,                            Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung,  Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum,  Hantu Bungkus,                            Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu  Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang  Tanah, Hantu                            Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin  juga mempunyai                            pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri.  Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah,  Ahmar, Burkhan,                            Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja  Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar  yang                            menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman  a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala  Raja Jin                            Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail,  Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan  Kasfiyaail.                            Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut  bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua  Jin-Jin                            di atas bernama Maithotorun yang bergelar  QUTBUL JALALAH
.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI                            KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :
1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan                            bala.
2.   Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga,                            keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3.   Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina,                            minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
 ANTARA                            JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS 
Jin,  Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan  Jin, cuma                            tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza.  Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk  Allah yang                            tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia.  Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.
Manakala  Ifrit pula adalah daripada golongan Jin                            yang sangat kuat dan bijak menipu serta  sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi  amat durhaka                            kepada Allah.
Iblis  dan Syaitan juga terdiri                            daripada golongan Jin dan mereka merupakan  golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi  musuh utama                            manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga  ke hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
"  Iblis menjawab : Sebab engkau                            telah menghukum saya dengan tersesat, saya  akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya  akan mendatangani                            mereka dari depan dan dari belakang mereka,  dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari  mereka bersyukur                            ( taat )."
Sesetengah                             ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah  moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan  alim di                            kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua  ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur  di atas                            keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat  serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka  dengan sifat                            beliau yang sombong itu Allah telah  melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Bermula dari saat                            itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan                            bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala                            anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
WALLAHU A'LAM.