Ilmu                            Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis
Jenis                            Pertama
Adalah  seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk  sesuatu yang dianggap boleh memberi                            manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu  pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain  mencari                            barang hilang saka juga boleh digunakan untuk  mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas,  pakaian                            termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu  banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan  makanan                            iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain  boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga  sering menyakiti orang                            lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan  saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan  iman si                            empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi  akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal  yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini  seumpama tidak                            terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan  tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan  yang dimainkan                            oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi  redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada  makhluk in.i
Anggapan  ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini  mempunyai tuan baru ia tetap menjadi                            masaalah kepada manusia terutama kepada  keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu  ialah untuk                            menyesatkan manusia seberapa banyak yang  boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.
Jenis Kedua
Saka  ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang  atau beberapa orang waris akibat                            daripada gangguan atau serangan iblis dan  syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris  itu sakit,                            sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya. 
Pada  kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka  jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai                            contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh  tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji  lalu dia                            menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang  sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka  tadi                            yang terdiri daripada kaum keluarganya.
Tidak                             mudah untuk memberi penjelasan bahawa  seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau  sakit itu dirujuk                            kepada mereka yang terlibat dengan amalan  kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk  sebagai kena                            buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan  sebagainya.
Hakikatnya                             masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar  kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti  luka,patah,                            keracunan, stress, depress dan sebagainya  akibat gangguan ataupun sihir.Segala                             punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal  perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada  mangsa.