Gangguan  iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh  menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik                            atau murtad. Selain daripada itu iblis dan  syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu  berhadapan                            dengan masaalah yang berkaitan dengan otak,  pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan,  pada agama                            yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga  menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada  bahagian jasad                            yang berkenaan. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu                            berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.  
Gangguan Fizikal Yang Dituruti                            Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan
         Orang  yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang  lemah lebih mudah diganggu oleh                            iblis dan syaitan berbanding dengan mereka  yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan  masaalah stress                            berpanjangan, lebih mudah diserang histeria  berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan  dan berupaya                            meraih ketenangan hidup.....selanjutnya sila klik baca lagi...
        Gangguan  iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh  berlaku yang melibatkan bahagian                            otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila  kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan  tersebut                            dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini  akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada  dihutan, ditempat                            sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur  dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk  ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah                            yang dinamakan ‘GANGGUAN’.
       Apabila  kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri  daripada syaitan atau sebagainya, samaada                            makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat,  maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang  dinamakan                            ‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan  ‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan                            adanya penglibatan jin-jin seperti yang  dijelaskan. 
Meresap
         Dengan  ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan,  orang                            yang seperti ini berupaya menyeru jin atau  jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia  berkenaan                            akan menjadi seumpama sarung semata-mata.  Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap  dalam tubuh                            tadi.
         Ketika  inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu  bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan                            rawatan yang dikenali sebagai rawatan  tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan  menurun, menilik,                            mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk  ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat  biarpun                            dia tidak pernah mempelajari pergerakkan  fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.
        Selain  daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau  menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya                            ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis  muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan  diatas                            ini tidak akan berlaku tanpa adanya  penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia. 
Apabila Orang Yang Memiliki                            Ilmu Meninggal Dunia
Apabila  orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh  seorang atau beberapa orang waris tertentu.                            Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi  masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris  asal. Makhluk                            yang terlibat dengan kegiatan individu  berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata  untuk                            menyesatkan manusia yang biasanya terdiri  daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk  jin yang                            berdampingan dengan waris terkeatas itu  diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini  selalunya berlaku                            dikalangan waris yang rapat. 
Penurunan Saka
Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;
Berlaku secara terus                            : 
Orang yang mempunyai saka itu  dengan  terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan                            ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang  terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau  yang dipusakai                            itu adalah terdiri daripada jin-jin atau  hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding  dengan waris-waris                            lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.
Berlaku menurut kehendak : 
Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin  itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal  dunia.
       Biar  dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka  adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.                            Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang  itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan  apabila seseorang                            itu menerima saka, ia akan mempunyai  kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang  mempunyai saka                            yang asal.
      Satu  jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan  daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan.                            Orang yang terlibat apabila diganggu saka  adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam  tanpa dapat                            mengawal diri, duduk termenung sendirian,  marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk  menghantuk-hantukkan kepala                            kedinding.
       Manusia  mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu  tidak mempunyai ketahanan diri yang                            ampuh yang dikenali sebagai ‘body  resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk,  selsema,                            sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan  orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.
        Begitu  juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah  kebatinan atau kerohanian termasuk                            apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu  untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin                            tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh  yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan  melalui amalan                            atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja  seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas  ketika melakukan                            amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali  sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah  SWT                            lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia  kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan  memperolehi kekuatan                            zahir dan batin. Ketika ini apabila dia  bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon  perlindungan, Allah                            SWT akan melindunginya. Demikianlah  janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.
        Amalan-amalan  ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang  taubat, kemudian beristighfar, sembahyang                            tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat  dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah  kepada                            kita juga kepada mereka yang menghadapi  masaalah yang serupa.