Jumaat, 20 Julai 2012

BISMILLAH 9

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
.
.

Fadhilat Bismillah 9

.
Fadhilat ayat  ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:
.
  1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
  2. Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
  3. Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.