Jumaat, 20 Julai 2012

BISMILLAH 7





.
.

Fadhilat Bismillah 7

.
1.  Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
.
2.  Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
.
3.  Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.
Selanjutnya sila klik baca lagi....

.
4.  Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
.
5.  Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
.
6.  Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
.
7.  Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
.
8.  Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.
.
9.  Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.
.
.
.

Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’

.
Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;
.
  1. Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
  2. Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
  3. Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
.
.
.

Amalan Bismillah 7

.
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.
Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllah.. AMIN!