SEJAK kecil,
kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang
mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk menerang hati manakala ibu
bersalin digalak minum air selusuh bagi memudahkan proses kelahiran.
Menurut
Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim
Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat.
Suatu malam,
dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu.
Rasulullah bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifaa?” Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam al-Quran.
Al-Qusyairi
menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum
kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh.
Dari sudut
saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup
kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan terhadapnya.
Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran.
Apabila
dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada
bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya.
Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada.” (Surah Yunus: 57).
Doa yang dibacakan pada air boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya:-
-Surah al-Fatihah (penyembuh keracunan),
-Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan),
-Surah al-Qadr (pembuka minda dan
menerangkan mata),
-Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus),
-Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat),
-Surah al-Falaq (penyembuh penyakit
siang dan malam),
-Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin),
-Surah al-Isra’: 28 (penghadang dan
pembimbing),
-Surah at-Taubah:128(menghilangkan
sebarang sakit),
-Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk
halus),
-Surah al-Baqarah (terselamat dari
bencana dan bahaya),
-Surah as-Shafat (sentiasa sihat),
-Surah Ali-Imran (terpelihara dari
segala penyakit dan gangguan jin),
-Bacaan
istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar),
-khatamul al-Quran untuk (penyembuh
penyakit zahir dan batin).