.
.
Fadhilat Bismillah 7
.
1.  Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
.
2.  Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
.
.
4.  Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
.
5.  Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
.
6.  Mengubati segala jenis  racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti  dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak  bisa dan sebagainya.
.
7.  Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
.
8.  Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.
.
9.  Apa pun juga kelebihan  dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa /  kehendak dari Allah SWT semata-mata.
.
.
.
Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’
.
Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;.
- Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
 - Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
 - Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
 
.
.
.
Amalan Bismillah 7
.
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini  dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan,  mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat  dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan  Allah Ta’ala jua.
Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllah.. AMIN!