Khamis, 6 September 2012

APAKAH SAKA ??

     Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masaalah yang berkaitan dengan otak, pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.  

Gangguan Fizikal Yang Dituruti Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan
         Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masaalah stress berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.....selanjutnya sila klik baca lagi...

PEWARIS SAKA

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis

Jenis Pertama

Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.

Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk in.i

Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya. 

Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.

ASAL KEJADIAN JIN

       Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

       Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
        Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan....(selanjutnya sila klik baca lagi).........................

Rabu, 5 September 2012

SAKA DAN TANDA GANGGUANNYA

TANDA-TANDA SAKA
Tidak ada tanda-tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut :
* Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
* Malas berzikir
* Berpenyakit yang sukar diubati seperti asma, resdung, stroke, gatal-gatal, kudis dan sebagainya
* Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikiran sebelum ini
* Terdapat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh
* Ada di kalangan keluarga yang gila, syndrom down dan cacat
* Sukar tidur malam
* Tidak kemas dan tidak berdisiplin
* Tidak ada keazaman atau tidak bercita-cita
* Lambat berkahwin
* Sukar mendapat anak
* Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
* Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
* Boleh melihat perkara-perkara yang di luar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dan sebagainya
Kewujudan jin saka memudaratkan kehidupan manusia dan perlu dibanteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya.

TANDA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat.
Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras.
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:
“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”
3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
4. Sering lupa.
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.”
........selanjutnya klik baca lagi.......

MENOLAK GANGGUAN SYAITAN

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih

KAEDAH MERAWAT SIHIR

Bagaimana Merawat Sihir?

Kita bermohon kepada Allah supaya dilindungi daripada kejahatan sihir dan tukang sihir. Kita mendoakan supaya Allah menyembuhkan penyakit-penyakit yang ditimpakan kepada golongan yang dizalimi dengan sebab tukang sihir. Berikut adalah beberapa kaedah syarak yang mujarab dan disarankan oleh para ulama bagi merawat mereka yang telah terkena sihir.....(selanjutnya klik baca lagi.....)

TANDA KEHADIRAN MAKHLUK HALUS


  1. Terasa bau hangus tanpa sebab ( roh mati kemalagan ).
  2. Terasa bau busuk tanpa sebab ( roh yang jahat ).
  3. Terasa bau wangi tanpa sebab ( roh yang baik atau saudara anda ).
  4. Terasa bau bunga atau kemenyan tiba-tiba ( roh yang ingin membantu anda ).
  5. Terasa sejuk tanpa sebab.
  6. Terasa panas tanpa sebab.
  7. Terasa seperti ada angin panas.
  8. Terdengar bisikan.
  9. Terdengar orang menangis.
  10. Badan terasa gigil.
  11. Bulu roma tegang.
  12. Terasa seperti dipegang seseorang.
  13. Terasa seperti diperhatikan seseorang.

ALAM GHAIB YANG MISTERI

Dimana Alam Ghaib ????
Alam ghaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau di planet lain. Alam ghaib sememangnya terletak di bumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar;  ia seumpama nyawa dan badan manusia.

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan, kita boleh nampak dengan mata kasar, dunia ghaib pula seumpama nyawa kita, kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar. Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin, kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam ghaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam ghaib yang terdapat di sekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam ghaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

GANGGUAN JIN KEPADA MANUSIA

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.
      Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
         Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
       Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
         Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    - Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    - Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    - Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR, SANTAU, SAKA

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Selasa, 4 September 2012

DOA AKASYAH R.A.

Berikut adalah ‘Doa Akasyah’ dan makna terjemahannya:-

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Ya Allah! Semoga Dikau rahmati junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya.
Dengan nama Allah yang Maha Menyinari di atas segala cahaya. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pencipta segala Nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur, Sinai. Segala puji hanya bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala Keperkasaan dan KebesaranNya amat benar dengan KemasyhuranNya.
PemberianNya yang senang dan susah, tetap di syukuri. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, menciptakan gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya......... (selanjutnya klik baca lagi.................)

SELAWAT TAFRIJIYAH







Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
                                                                                                                       -Hadis Sohih-

SELAWAT SYIFA'


Doa Syifa

Al-Islamiya Doa Syifa
Terjemahan buku Harun Din & Amran Kasimin

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

Kegunaa ayat-ayat menurut Darussyifa:

1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama
Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna
untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya